Visi, Misi dan Objektif Alumni PASTI Malaysia

Salamalaik..

Alhamdulillah dengan segala limpah rahmatnya sekali lagi perbincangan AJK Penaja Alumni PASTI Malaysia dapat dijalankan. Kali ini bertempat di Pasti Siswa 2, Taman Universiti, Skudai, Johor Bharu pada 10 April 2010 bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang.

Perbincangan semakin rancak dan hangat. Semakin jelas perjalanan Alumni PASTI Malaysia selepas ini. Insyaallah.

VISI Alumni Pasti Malaysia:
ALUMNI PASTI SEBAGAI ENTITI PEMERKASAAN UMMAH.

Terima Kasih buat semua sshabat AJK Penaja Alumni Pasti yang hadir.
Buat semua sahabat2 lepasan PASTI Malaysia, kami masih dalam perancangan. Bantulah kami dalam proses penjejakan ahli alumni Pasti di seluruh Malaysia. Segala maklumbalas sila berhubung di email alumnipasti@yahoo.com. Terima kasih.
wssalam.

Perlembagaan Alumni PASTI Malaysia



Salamaalaik..

Alhamdulillah pada 27 February 2010, bertempat di Pejabat PASTI Malaysia Batu Caves, bersama dengan wakil AJK Tertinggi PASTI Malaysia, Cikgu Roseman dan En Saiful telah bersama meneruskan perbincangan dan memutuskan mengenai Perlembagaan Alumni PASTI Malaysia.

Hampir semua barisan AJK Penaja Alumni PASTI Malaysia hadir pada kali ini.Beberapa perkara penting telah diputuskan dalam perbincangan kali ini seperti Keahliaan, yuran, muktamar alumni, organisasi alumni di peringkat pusat, negeri dan kawasan dan kewangan alumni.Moga2 dengan perlembagaan ini akan menjelaskan lagi kedudukan Alumni PASTI Malaysia ini.

Buat sahabat2 bekas lepasan PASTI Malaysia, nantikan segala perancangan yang akan kami rencanakan demi merealisasikan kewujudan Alumni PASTI Malaysia. Kami barisan AJK Penaja masih dalam proses mengukuhkan struktur organisasi dan keahliaan sahabat2 bagi kita menjalankan segala perancangan.

Segala pandangan, cadangan atau apa2 sahaja amat kami harapkan dari sahabat2 bagi membantu kami dalam proses kewujudan Alumni PASTI Malaysia ini. Sila salurkan segalanya pada email alumnipasti@yahoo.com.

wsslam

KEAHLIAAN ALUMNI PASTI MALAYSIA

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua..

Kami sedang menjejaki bekas lepasan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Malaysia.

Oleh itu, kepada bakes lepasan PASTI, sila berikan maklumat diri anda seperti :
i) Nama Penuh
ii) No IC
iii) Alamat
iv) No Phone
v) Email

Sila hantarkan maklumat diri anda ke email : alumnipasti@yahoo.com ataupun terus reply melalui "tinggalkan pesanan untuk kami" di blog ini.

Segala maklumat ini adalah untuk pengumpulan database ke "Perhimpunan Alumni PASTI Malaysia" yang bakal diadakan pada Akhir tahun 2010 nanti. Insyaallah.

Terima kasih. Wassalam..

Perencanaan Alumni Pasti Malaysia.



Salamalaik sahabat2 semua..

Alhamdulillah dengan izinya pada 5 Disember 2009 yg lepas telah berlangsungnya perbincangan bersama Pengarah PASTI Malaysia, Cikgu Azrin.


MESYUARAT ALUMNI PASTI MALAYSIA KALI KE - 2

Tarikh : 5 Disember 2009 (Sabtu)
Masa : 10.30 pg - 1.30 tengahari
Tempat : Pejabat PASTI Malaysia.

Beberapa perkara telah dibincangkan dan diputuskan dalam perbincangan kali ini.

a) INDUKSI ALUMNI PASTI MALAYSIA

b) PERSEDIAAN INDUKSI ALUMNI PASTI

c) IJTIMA' ALUMNI PASTI MALAYSIA

d) PERSEDIAAN IJTIMA' ALUMNI PASTI MALAYSIA

i.Database Keahliaan ALUMNI Pasti Malysia

# Maklumat utama yang diperlukan pada waktu ini untuk panggilan ke Ijtima'Alumni Pasti nanti ialah:
(nama penuh, no ic, tempat lahir,no phone, email)

# Attachment yg dilampirkan adalah borang keahliaan alumni pasti.Boleh download dan sebarkan melalui penyertaan ahli-ahli di YAHOO GROUP iaitu

alumnipastimalaysia@yahoogroup.com atau klik address ini

http://groups.yahoo.com/group/alumnipastimalaysia

# Selepas diisi boleh emailkan terus ke email : alumnipasti@yahoo.com

wssalam..

Majlis Perasmian Alumni PASTI Malaysia


MAJLIS PERASMIAN ALUMNI PASTI MALAYSIA

Bersempena Sambutan Jubli Perak Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bertempat di Stadium Kota Bharu Kelantan, pada 30 Oktober 2009, Alumni PASTI Malaysia telah dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Haji dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Beberapa sahabat2 AJK Penaja Alumni PASTI Malaysia telah terlibat dalam perasmiaan ini.

Bermulanya Alumni PASTI Malaysia

Salamalaik

Alhamdulillah, berkat usaha ahli jawatankuasa PASTI Malaysia, satu perjumpaan telah diadakan pada 10 Oktober 2009 (Sabtu) di Hotel Concorde KLIA. Perjumpaan ini bermatlamatkan mengenai penubuhan Jawatankuasa Penaja Alumni PASTI Malaysia. Seramai lebih 20 orang yang hadir bersama-sama bagi merealisasikan matlamat tersebut.

Cikgu Roseman dan En Saiful selaku Ahli Jawatankuasa Tertinggi PASTI Malaysia telah bersama-sama pada kali ini bagi pembentukan Ahli Jawatankuasa Penaja ALUMNI Malaysia.
Akhirnya tertubuhlah organisasi ini bagi terus menjalankan tanggun jawab dalam proses Penubuhan secara Rasmi Ahli Jawatankuasa Alumni PASTI Malaysia.